LiEzA. Powered by Blogger.
RSS

~ Tag dari Atie (Mama Umairah) ~

Terima tag dari Atie.Terima kasih ye bab sudi bagi iezza tag.

1. Apakah hubungan awak dan dia? (sesiapa pon boleh)
~ Ismail - hubby tercayang

2. 5 impression terhadap dia?
~ Seorang yang bertanggungjawab
~ Seorang yang penyayang
~ Kuat makan terutama kalau wife tercayang dia nie yg masak
~ Seorang yang penyabar dgn karenah wife tercayang dia nie.
~ Sangat rajin tolong wife dia dlm urusan anak.


3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak?
~ Menjadikan iezza sebagai ratu hidupnya.

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
~ Dating kali ke-2 terus bawa jumpa family untuk minta restu.

5. Kalau dia kekasih awak...... awak akan?
~ Akan hargai dia dan sayang dia sepenuh hati.

6. Kalau dia jadi musuh awak...... awak akan?
~ tarik2 hidung dia.huhuhuhu.....

7. Overall impression tentang dia?
~ Seorang anak bongsu yang manja,nakal,penyayang dan setia.Semua bestla tentang dia.

8. The most desirable thing to do to her/him?
~ Setia menanti disaat kelahiran baby boy kami.Walaupun tak dapat masuk tapi tetap menanti.

9. Apakah awak rasa tentang pandang orang terhadap awak?
~ Entah la.Sebab manusia nie selalu penilaian dia lain2.Yang penting aku happy.

10. The character of you for yourself?
~ Penyayang, setia, penyabar dll.

11. On contrary, the character you hate about you?
~ Kuat cemburu.Cemburukan tandanya sayang.

12. The most ideal person you want to be with?
~ Hubby tercayang la, sapa lagi.

15. For people who like you.... tell something about them....
~ Entah la.Ada ke yg suka ngan iezza nie.Kalau ada iezza ucapkan berbanyak terima kasih.Dan iezza akan hargai pada sesiapa yang sudi jadi sahabat iezza.

16. Ten people you tag?
~ Nak tag pada siapa pula ye......

Diharapkan nama2 yang tersenarai nie datang la ye ambil tag.Kalau dah ada abaikan aje la ye.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Weekend Yg Busy ~.

Kali nie iezza nak ceritakan kisah weekend yang sangat busy.Mana taknya hari ahad dekat kampung ada kenduri tunang adik iezza,aqiqah dan kenduri sempena menyambut bulan Ramahdan yg bakal tiba.Hari jumaat pagi iezza sefamily dah balik kampung kerana banyak kerja yang hendak dilakukan.Sampai aje kat rumah mak semua adik beradik dah ada.Kebetulan pula ada pesta menjaring ikan dekat kolam mancing sebelah tempat kerja abg long iezza.Apalagi lepas je makan tengahhari yang lelaki2 nie termasuk hubby iezza terus pergi kolam untuk jaring ikan.Tinggal je la yang perempuan nie kat rumah untuk buat kerja.Banyak juga hasil tangkap yang dibawa pulang dari menjaring tu.Semua ikan besar2 belaka.Ada ikan tongsang pastu ada la lagi 2,3 jenis lagi ikan iezza pun tak tau apa nama ikan tu.
So nie la hasil tangkapan yang dibawa pulang oleh hubby and the group.



Dan nie pula picture yang iezza sempat snap guna handset sepanjang majlis kenduri nie.



Sebelum balik seremban pergi rumah mil dulu.Sebab nak hantar lauk-pauk masa kenduri.Pil dan mil tak dapat datang masa kenduri tu.Kerana dekat dengan rumah mil ada kenduri kahwin.Sampai aje rumah mil, akak ipar iezza ada dengan family dia.Apalagi kan main suka ayith waktu tu.Iezza pun tak tau kenapa.Kan main dia ketawa terkekeh bila di agah oleh biras iezza.So iezza nak tepek video nie.Rasa terhibur iezza setiap kali kalau tgok video nie.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ My Son 10 Months ~

Cepat betul sekarang masa nie berlalu.Sekarang anak bujang iezza yang sorang nie dah pun masuk 10 bulan.Tak sabar nak tunggu dia pandai jalan.Kalau dia dah pandai jalan rasanya tak cukup tanah kot iezza nak kejar dia.huhuuhuhu.....

Sejak dah masuk 10 bulan nie.Ayith nie mulut dia bising aje.Ada aje benda dia nak cakap.Tapi yang tau dia cakap pun."aaaa....yayayyaya....bubbubuub....ayayayyayaya".Iezza ngan hubby pun tak tau dia cakap apa.Sekarang lasak betul dia.Kalau nak pakaikan pampers tak bagi barang mainan untuk dia main kejap aje dah dia nak meniarap.Pastu kalau naik kete sekarang pasti kena lock.Sebab dia dah pandai buka pintu keta dari dalam.Dia suka buat main benda tu tarik2 pastu lepas.Dan dia juga suka nak pegang stereng kete tu.Kadang hubby bawa juga duduk dengan dia dekat satu seat.Dah dapat pegang stereng tu mula la mulut dia berbunyi "vrommm...vrommm".Kadang tengok gelagat dia yang karu nie memang geli hati.Dia juga sekarang kuat main x nak tido.Nak main aje.Kalau waktu malam tu pai mata tu merah2 menahan mata dari nak tido.And then yg iezza paling seronok atyith dah mula tumbuh gigi belah atas.Dah nampak dah kat gusi tu ada benda warna putih nak kuar apalagi tu gigi la........

Rasanya setakat nie aje la coretan iezza mengenai perkembangan anak bujang iezza yang sorang.So iezza tepek la picture dia yang 10 months nie...
...........bye................





.....Jangan lupa.Nantikan perkembangan ayith 11 bulan ye......

~ WE LOVE YOU ~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Santapan Malam ~

Tadi balik kerja rasa macam nak masak lauk yang special sikit.
Apa ye....?
Kerapu 3 rasa ke atau kerapu stim.Sebab semalam beli kerapu tapi tak tau nak buat masak apa.Aaaa......Rasa macam nak masak kerapu stim la.Namunpun iezza tak pernah lagi masak lauk nie.Dan tak tau macam mana nak buat.Tapi sebab nak sangat masak lauk tu.Apa lagi sampai je rumah lepas hubby pergi kerja terus godek internet tuk cari resepi.Sebaik dapat kat mesra resepi.Hanya dalam resepi tu iezza tambah carrot dengan halia dan ikan siakap tu iezza tukar dengan kerapu.Sebaik anak bujang aku tak meragam senyap je duk dalam woker main,so senang la iezza nak masak.Selain tu iezza buat tumis daun pucuk dgn soun,dan terung bakar serta tak lupa pembuka selera hubby tempoyak.
So....inilah hasilnya.......



Sorry...... picture untuk terung bakar dengan tempoyak lupa pula nak snap tadi.Dah licin baru teringat.
.................................Apa lagi...................................
......................................Jom la santap....................................


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Jemputan Dari Atie ~


Hari nie dapat jemputan birthday dari atie untuk majlis anak dia Nur Aisyah Umairah yang ke-2.Terima kasih ye bab sudi jemput iezza sefamily.Nanti apa2 iezza tanya hubby dulu ye.Takut hubby ada aktiviti lain pula nanti apa2 iezza bagi tau ye....

Cepat aje aisyah nie dah dua tahunkan.Boleh la nanti atie tambah lagi baby.
huhuuhuhuhu...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Makan Malam ~

Dah lama juga rasanya tak entri dalam blog kesayangan aku nie.

So tadi hubby antar mesej "ayang balik nanti beli ikan bawal".Aku dah tau dah hubby nak suruh masak apa tuk makan malam nie kalau dia suruh beli ikan bawal tu.Hubby nak aku masakkan bawal 3 rasa.Jadi balik dari kerja tadi aku terus singgah kedai.Mula2 ingat nak pergi gaint tapi pikir malas pula nak beratur masa bayar pastu nak ke parking lagi.Aaaa...malasnya aku.Jadi aku beli kat kedai yang selalu aku beli tu.Tapi sayang bawal tak de.Selalunya kalau aku balik kerja masih ada lagi.Sebaik ada siakap jadi aku beli la siakap aje....Jadila janji boleh masak 3 rasa.

Sebaik hubby jenis tak kisah.Dia kata tak pe kalau tak de janji 3 rasa.Selain dari siakap 3 rasa aku buat udang goreng bertepung dengan kubis goreng.Jadi tu je la menu lauk aku dan hubby santap untuk malam nie.
....bye..bye....







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ The Unique Wedding Photo Contest ~



Salam...

Tadi tak de kerja jadi iezza sekodeng la ahli blogger.Tiba hati nie tertarik pula tuk menyertai contest yang di anjurkan oleh Kak Ecar.Sempena Anniversary dia yang ke-4.....
Mana la tau ada rezeki dapat hadiah misteri ke.
......huhuhuuu......

Nie la hasil jawapan yang telah iezza sediakan untuk contest Kak Ecar nie....



Nama Hubby & Wife
Ismail & Lieza

Tarikh Tunang ~ 24.06.2006
Tarikh Nikah ~ 21.12.2007
Tarikh Bersanding ~ 22.12.2007
Tarikh Bertandang ~ 23.12.2007

Dan yg paling special 12.01.02 adalah tarikh perkenalan iezza & hubby.

Nie soalan wajib yang patut dijawab dari contest nie.

Kenapa aku rasa picture nie terlalu unik untuk iezza dan hubby.Sebab ada picture anak patung baby kat tepi picture tu.Bagi iezza ngan hubby picture tu memberi banyak maksud dalam kehidupan yang bakal iezza dan hubby lalui selepas termatrinya sebuah ikatan suci antara dua hati.Dan kami akan menimang cahaya mata secepat mungkin.Dan majoriti yang lihat gambar picture nie akan cakap" tak sabar nampak nak timang cahaya mata".Alhamdulillah akhirnya aku bunting pelamin.
.....huhuhuhuuuu.....

Aku suka sekodeng kat blog Kak Ecar nie sebab dalam blog nie ada banyak tentang breastfeeding.Pastu mengenai kehidupan harian Kak Ecar yang ceria sentiasa.Serta mempunyai banyak gambar-gambar yang menarik.

Thanks buat Kak Ecar kerana sudi menganjurkan contest nie.Dan juga nak wish.......

"HAPPY 4TH ANNIVERSARY BUAT KAK ECAR & HUSBEND.
SEMOGA HARI YANG AKAN DILALUI BERTAMBAH BERMAKNA DAN BAHAGIA SENTIASA"









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Kisah ketika puasa ~

Semalam aku rasa mcm nak berbuka puasa kat kfc aje.Tiba2 je rasa teringin nak makan yang baru tu extra crispy.Tapi tak bagi tau kat hubby lagi nak ajak dia pergi berbuka puasa kat kfc.Tiba2 aje balik kerja lepas salam hubby.Hubby suruh siap bab dia nak ajak berbuka kat kfc.Eeh...hubby macam boleh rasa aje apa yang wife dia nak makan.Apalagi terus la aku mandi dan bersiap.Aku ngan hubby makan kfc kat gaint aje bab dekat sikit.Mula2 hubby nak ajak pergi jusco.Tapi jauh takut tak sempat pula nak berbuka.

Lepas aje habis makan kat gaint.Hubby ajak pergi jusco katanya nak ajak pergi main bowling.Aku pun ikutkan aje la.Tut..tut...sampai je kat jusco hubby terus pergi ke kaunter TGV.Dia kata nak tengok transformes.Pukul 9.30pm punya dah full.Jadi hubby ajak tengok midnight punya.Pukul 11.30 aku tak kisah on aje bab memang dah biasa tengok midnight nie.Masa tu awal lagi jadi aku ngan hubby pun pun pergi la main bowling dulu pastu kita orang pergi karoke pula.Pergi karoke kat bilik kecik tu aje.huhhuuhu.....

Masa tranformes 1 aku tak pergi tengok tapi hubby pergi la ngan kawan-kawan tempat kerja dia.Rugi aku tak tengok yang first dulu.Apabila dah tengok yang Transformes 2 nie best pula.Aku paling suka yang aksi waktu last tu.Aku rasa lepas nie mesti ada lagi yang transformes 3 pula.Bab ada lagi 2 robot jahat tak mati.Dia lari balik planet dia balik.Dalam pukul 1.45am baru habis.Sampai rumah dalam pukul 2 lebih.Aku terus cari bantal dan tilam.Bab esok nak pergi kerja pula...

Huhuhu......Nie la kisah di sebalik aku and hubby berpuasa hari nie...



Hanya tiket nie aje la yang sempat aku snap.Itu pun balik rumah baru la ambil gambar.Bab hanset aku ngan hubby dua2 tak de bateri lupa nak cas....




Aku happy sangat semalam.Rasa macam baru kahwin je.Ye la anak tak de.Tapi kalau ada ayith lagi best.Hanya tak dapat karoke ngan tengok wayang la.Bab bising tempat tu diapun kecik lagi takut pecah pula gegendang telinga nanti.Kalau setakat bowling tu selalu bawa.Senang bab duduk dalam stroller aje...

~ I AM HAPPY MY LIFE & FAMILY ~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS