LiEzA. Powered by Blogger.
RSS

:~: Weekend Yang Sudah Lama Berlalu - Ikan Bakar :~:

.......Salam........
Dah lama betul iezza tak update blog kesayangan iezza nie.
Biasa la awal2 tahun nie busy la sikit.
Sebab iezza nie kerja kat bahagian finance.
Sapa-sapa yang kerja kat bahagian finance tu tau la macam mana sibuknya.

Kali nie nak cite pasal aktiviti weekend iezza.
Sebenarnya aktiviti nie dah lama.
Hanya tak de masa nak entry aje.

Biasala minggu nie balik kampung hubby.
Dan semua adik beradik hubby pun balik berkumpul ramai-ramai.
Sebab mil deman & pil pula darah tinggi dia datang balik.
Mana taknya mil & pil tak sihat bab sejak 2,3 bulan kebelakangan nie dapur mil dah lebih dari 4 kali banjir.Sekarang mil & pil dah nekad nak tinggikan rumah dapur tu.
Lepas nie tak de la nak pening2 kepala lagi.

Sebab tak larat la macam nie selalu kalau time musin tengkujuh.
Sebenarnya dah banyak kali buat aduan kat JKK
tapi tetap tak ada sebarang tindakan diambil pun.
TENSION...TENSION....

Apabila dah kumpul ramai-ramai nie ada la aktiviti yang dilakukan.
Apa lagi mancing la.
Bab ikan talapia merah yang hubby dan pil bela tu dah besar dan sesuai untuk dimakan.
Nyamm..Nyammm...

Nie la kolam yang hubby bela ikan tu.
Kat belakang rumah aje.

Dan nie pula tugas iezza menyiang hasil tangkapan yang di perolehi.
Sediakan bahan untuk perap dan bahan untuk renjis atas ikan nanti.
Pastu gulung dalam daun pisang.

Pastu nie pula tugas hubby ngan ipar untuk sediakan tempat bakar ikan.
Dan juga tukang bakar ikan.
Hehehee…
ok ke ayat nie.

Dan last sekali nie la hasilnya…
Nyum..nyumm..
Tak sabar betul nak makan nie.

Dan disamping tu ada juga lauk lain.Antaranya
:-Kari ayam, siput masak lemak cili api, jering masak sambal, dan sambal belacan mil yang menjadi favourite semua.

Bab mil selalu guna belacan dari utara.
Sedap punya.

Tapi sorry la bab picture masa makan dan hidangan yang lain tak sempat pula iezza nak snap.
So sekian aje la cite weekend iezza kali nie.


Dan nie pula video hanya untuk tatapan.
Gelagat ayith menari dan dilayan oleh sepupunya.
Hehehheehhee…















































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS