Tuesday, November 17, 2009

:~: Cenderahati From Sarawak :~:

Hari nie iezza dapat sesuatu dari serawak.
Sebab ada opismate iezza nie baru balik dari cuti2 malaysia kat sana.
Jadi dia belikan la cenderahati untuk kita orang bahagian finance nie.
Bekas pen yang diperbuat dari tembikar.
Memang cantik.
Thank you Kak Ina.Lain kali kalau pergi bercuti lagi jangan lupa beli lagi tuk kita orang.
hehehehehehe....
Tingg....

Nie la tembikarnya.





:~: Cerita Di opis :~:

Salam...
Dah lama betul tak entry dlm blog ku ini.
Hari nie aku pergi kerja dapat makan free.
Siap ada kek sekali.
Nak tau kenapa.......
Sebab hari nie kita orang bahagian finance buat suprise parti.
Untuk salah seorang opis mate kita orang yang sambut birthday hari nie.
Bulan nie ramai betul yang sambut birthday kat opis iezza nie.
Walaupun nampak simple tapi best dan menyeronokkan.
Sebab sejak pindah opis baru nie.
Nie la kali pertama wat parti tuk birthday.
Sebelum nie opis lama selalu juga buat.


Jadi nie iezza tepek la picture yang sempat iezza snap.



Hanya pic makanan je yang sempat snap.Mesti tertanya2kan mana birthday girl nya?Waktu iezza ngah sibuk snap pic dia pergi ke pantry jadi tak dapat la nak berposing sekali.Kalau you all nak tau dalam periuk merah tu ada mee hoon goreng.Sedap gilers....... Salah seorang opismate kita orang masak.

Lastly.....Iezza nak ucapkan.

HAPPY BIRTHDAY BUAT KAK SAWIAH...

~ Semoga panjang umur.

~Dimurahkan rezeki.

~Dan bahagia selalu.

Esok pagi mungkin ada celebrate birthday lagi.Yang nie iezza punya boss pula. Wah...makan free lagi bestnya....





Tuesday, October 20, 2009

:~: Menu breakfeast :~:

Salam
Pagi tadi bangun awal buat breakfeast tuk hubby.
Bab hubby masuk kerja kul 7am.Puas tanya hubby nak breakfeast apa.Hubby kata "suka ati ayg Align Centerla abang makan aje."Jadi dah puas pikir.Tiba pula rasa nak wat western punya pula.Yang ala2 macam kat hotel tu.Dalam peti sejuk ada sosej,telur dan kentang.Jadi apa lagi iezza goreng sosej sikit,pastu kentang sikit dan scramble eggs.Air pula iezza wat teh.Berselera betul hubby breakfeast pagi nie.Bab wife dia nie tak pernah pun sebelum nie wat menu macam nie.Tiba2 aje bertukar menu.
huhuhuhuhu....Lepas nie selalu la iezza wat mcm nie.Simple and sedap.





Monday, October 19, 2009

:~: Bagan Lalang :~:

Salam...
Weekend kali nie iezza balik kampung hubby kat pahang.Bab semua family hubby balik dan berkumpul tuk makan besar.Biasa la mil kalau anak menantu dia balik lauk tulang tak pernah tinggal.Kadang wat kari tulang atau soup tulang.Itu sudah tentu menu wajib kat mah mil setiap kali berkumpul.

Hari ahad pula sebelum balik seremban singgah mah mak iezza pula.Sebab laluan yang sama jadi singgah la.Sampai je seremban dah malam.Dan tak tau nak makan apa.Lauk kat mah pula tak de.Tiba2 aje hubby ajak makan kat bagan lalang katanya dah lama tak makan ikan bakar kat sana.Biasa la favourite hubby pari bakar.Dah setahun lebih juga la iezza tak pergi makan kat bagan lalang tu.Seingat iezza last iezza makan kat sana masa iezza ngah pregnant.Waktu tu teringin sangat nak makan ikan bakar (mengidam).
huhuuhuhu...

Masa sampai kat bagan lalang dah lambat.Dalam kul 10 lebih baru pai.Masa tu orang tak ramai sangat bab dah lewat malam kan.Sebelum nie makan kat bagan lalang tak pernah pun order udang laut.Tapi malam tadi rasa macam nak makan aje wat goreng bertepung.Besar udang dia puas makan.Tapi betul la kata member opis iezza kat situ dah naik harga.Selalu makan dalam RM50 lebih aje.Tapi malam tadi RM70 something la.Bab hubby yang pergi bayar.Nak kata order macam tak de pula.Iezza hanya order kerapu 3rasa, kailan ikan masin, pari bakar 2, telur dadar, kerang bakar dan udang laut yang besar tu wat goreng bertepung.Hubby kata mungkin mahal sebab ambil udang tu rasanya.

Nie antara menu yang sempat iezza snap masa makan kat bagan lalang mlm tadi.



Dan nie pula yang tinggal sesudah makan.



Kenyang sungguh rasanya.Nie semua punca badan semakin menembam..
hehheheheheh..................






























Saturday, October 17, 2009

:~: Opis Baru :~:

Salam
Dah lama sebenarnya nak entry pasal opis baru nie.
Tapi masa tak mengizinkan.
Bz..........

Iezza start berpindah kat opis baru nie awal oktober.Waktu tu memang penatla bab nak kemas2 semua fail2 masukkan dalam kotak.Pastu kena labelkan kotak betul2 nanti takut ada yang hilang pula.

Sekarang opis iezza betul kat belakang Jusco Seremban2.Time lunch aje mesti nak gie jusco.Tapi x de nak beli apa sangat pun.Saja2 je nak pergi cuci mata hilangkan tension dah setengah hari menghadap pc dan number.Biasa la kerja kat bahagian finance wajib hadap number aje. huhuhuhuhu....

Sejak kerja kat opis baru nie tiap2 bulan kena la top up touch n go bab iezza pergi kerja ikut highway dekat sikit.Sekarang rasa dekat pula opis baru dari opis lama.Dulu masa kat opis lama punch kad selalu aje red colour.Tapi star opis baru nie tak pernah pula ada red colour lagi setakat nie.Cantik aje.hehehe....Mungkin sebab iezza boleh pecut kat highway tu pasal cepat sampai.Kat opis baru sekarang nie kalau nak makan susah sikit Jadi iezza kena la selalu bawa bekal.Masak nasi goreng,mee hoo dan apa aje yang boleh dimakan.Kalau tak de pun pagi tu makan biskut azan aje la kat opis.

Nie sesi picture yg sempat snap. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nie pic masa semua kotak dah sampai kat opis baru.Masa nie memang bersepah la.

Nie la tempat iezza.Setelah siap berkemas.

huhuhuhu..................






Saturday, October 3, 2009

:~: My Raya 2009 :~:

Salam..
Kali nie nak cite pasal raya yang baru berlalu nie.
Tahun nie giliran beraya di rumah mak iezza pula.
17hb lepas je habis kerja malam tu terus balik Pahang dulu rumah mil.
Bab nak hantar kuih raya dan dodol untuk mil.
Tidur semalam pastu pagi2 jumaat tu terus balik rumah mak iezza pula.
Bab nak bawa mak ngan ayah iezza pergi shopping raya.
Tahun nie memang best la bab semua adik beradik semuanya berkumpul kat rumah mak.

Antara aktiviti yg dilakukan pada mantai raya.
~ Pasang langsir
~ Masak lemang
~Ayam rendang cili api
~ Daging rendang rempah
~ Burung puyuh masak lemak cili api.
~ Wat kuih conrflake madu
~ Kek batik


Nie antara picture yang sempat iezza snap.Antara aktiviti yg dilakukan
Bz......



Dan nie pula cerita dihari raya.
~Selepas sembahyang raya sesi bersalam-salaman.Waktu nie memang iezza menitiskan airmata tak tau kenapa rasa tiba2 sedih sangat terutama masa nak minta maaf kat hubby.
~ Next sesi jamu selera dengan sambut birthday anak iezza ngan anak adik iezza.Beza antara 2 org tu tak jauh hanya 2 minggu aje.Jadi sambut la sekali.Tapi wat kecil-kecilan aje.Khas tuk family je.
~ Next bawa mak ngan ayah pergi jalan raya rumah sedara mara.Terutama sekali rumah adik beradik mak ngan ayah.Tak de sapa kat rumah.Bab kalau tak bawa ada aje sepupu yang datang.Berderet2 sampai mak ngan ayah tak pat gi jalan raya.
~ Petang raya pula balik mah mil pula.Dekat aje.


Nie antara picture yang sempat snap masa hari raya.
Bz..........



Nie aje kisah cite raya yang sempat iezza coretkan.
huhuhuhu...
Bye..

~ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~





:~; Miss My BloG :~:

Salam
Rindu sungguh rasanya pada blog yang tersayang nie.
Dah lama tak masuk bab pc kat rumah problem jadi tak pat la masuk tenet.
Pastu kat opis pula kena block.
Jadi tak pat la nak update apa kat blog.
Nak pergi cc memang malas.
Bab sekarang selalu balik lambat bab banyak kerja.




Wednesday, August 5, 2009

~ Tag Dari Kak Iena ~



Dapat tag dari kak iena
Tq sebab sudi bagi tag nie.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The Rules are simple.
Use Google Image to search the answers to the questions below.
Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
After that tag 12 people.


Q.1 : THE AGE OF YOUR
NEXT BIRTHDAY?



Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE
MOST?







Q.3 : MY FAVOURITE FOOD?



Q.4 : NICKNAME THAT I HAVE ?




Q.5 : MY FAV COLOUR?




Q.6 : THE CITY
I LIVE NOW?

Q.7 : THE PLACE I WAS BORN?



Q.8 : MY COLLEGE MAJOR



Q.9 : MY BAD HABIT?



Q.10 : MY HOBBY?


Q.11 : MY WISH ?




Berjaya jua akhirnya aku siapkan tag nie..
horrey....horrey...horrey....






Saturday, July 25, 2009

~ Tag dari Atie (Mama Umairah) ~

Terima tag dari Atie.Terima kasih ye bab sudi bagi iezza tag.

1. Apakah hubungan awak dan dia? (sesiapa pon boleh)
~ Ismail - hubby tercayang

2. 5 impression terhadap dia?
~ Seorang yang bertanggungjawab
~ Seorang yang penyayang
~ Kuat makan terutama kalau wife tercayang dia nie yg masak
~ Seorang yang penyabar dgn karenah wife tercayang dia nie.
~ Sangat rajin tolong wife dia dlm urusan anak.


3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak?
~ Menjadikan iezza sebagai ratu hidupnya.

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
~ Dating kali ke-2 terus bawa jumpa family untuk minta restu.

5. Kalau dia kekasih awak...... awak akan?
~ Akan hargai dia dan sayang dia sepenuh hati.

6. Kalau dia jadi musuh awak...... awak akan?
~ tarik2 hidung dia.huhuhuhu.....

7. Overall impression tentang dia?
~ Seorang anak bongsu yang manja,nakal,penyayang dan setia.Semua bestla tentang dia.

8. The most desirable thing to do to her/him?
~ Setia menanti disaat kelahiran baby boy kami.Walaupun tak dapat masuk tapi tetap menanti.

9. Apakah awak rasa tentang pandang orang terhadap awak?
~ Entah la.Sebab manusia nie selalu penilaian dia lain2.Yang penting aku happy.

10. The character of you for yourself?
~ Penyayang, setia, penyabar dll.

11. On contrary, the character you hate about you?
~ Kuat cemburu.Cemburukan tandanya sayang.

12. The most ideal person you want to be with?
~ Hubby tercayang la, sapa lagi.

15. For people who like you.... tell something about them....
~ Entah la.Ada ke yg suka ngan iezza nie.Kalau ada iezza ucapkan berbanyak terima kasih.Dan iezza akan hargai pada sesiapa yang sudi jadi sahabat iezza.

16. Ten people you tag?
~ Nak tag pada siapa pula ye......

Diharapkan nama2 yang tersenarai nie datang la ye ambil tag.Kalau dah ada abaikan aje la ye.



Tuesday, July 21, 2009

~ Weekend Yg Busy ~.

Kali nie iezza nak ceritakan kisah weekend yang sangat busy.Mana taknya hari ahad dekat kampung ada kenduri tunang adik iezza,aqiqah dan kenduri sempena menyambut bulan Ramahdan yg bakal tiba.Hari jumaat pagi iezza sefamily dah balik kampung kerana banyak kerja yang hendak dilakukan.Sampai aje kat rumah mak semua adik beradik dah ada.Kebetulan pula ada pesta menjaring ikan dekat kolam mancing sebelah tempat kerja abg long iezza.Apalagi lepas je makan tengahhari yang lelaki2 nie termasuk hubby iezza terus pergi kolam untuk jaring ikan.Tinggal je la yang perempuan nie kat rumah untuk buat kerja.Banyak juga hasil tangkap yang dibawa pulang dari menjaring tu.Semua ikan besar2 belaka.Ada ikan tongsang pastu ada la lagi 2,3 jenis lagi ikan iezza pun tak tau apa nama ikan tu.
So nie la hasil tangkapan yang dibawa pulang oleh hubby and the group.



Dan nie pula picture yang iezza sempat snap guna handset sepanjang majlis kenduri nie.



Sebelum balik seremban pergi rumah mil dulu.Sebab nak hantar lauk-pauk masa kenduri.Pil dan mil tak dapat datang masa kenduri tu.Kerana dekat dengan rumah mil ada kenduri kahwin.Sampai aje rumah mil, akak ipar iezza ada dengan family dia.Apalagi kan main suka ayith waktu tu.Iezza pun tak tau kenapa.Kan main dia ketawa terkekeh bila di agah oleh biras iezza.So iezza nak tepek video nie.Rasa terhibur iezza setiap kali kalau tgok video nie.

video