LiEzA. Powered by Blogger.
RSS

~ Sijil Beranak & My Kids Ayith ~

Hari jumaat ari tu aku cuti bab nak bawa ayah pergi jumpa pakar kat Hospital Kuala Pilah.Lepas je jumpa pakar dan satle semuanya aku terus ke Pejabat Pendaftaran Senawang untuk ambil sijil beranak & my kids ayith.Bayangkan dah 9 bulan lebih umur anak aku baru la ada sijil beranak & mykids.

Nie semua berlaku sebab masa hubby pergi daftar dulu kat Pejabat Pendaftaran Senawang tiba-tiba blackup.Jadi semua data yang telah dimasukkan salah.Jadi kena la buat pindaan.

Antara butir yang patut di pinda...
Tarikh lahir : 15.09.08 tapi dalam sistem 29.09.08
Tempat lahir : Hospital Besar Seremban dalam sistem Hospital Besar Seremba
Umur ibu : 23 dalam sistem tiada.

Untuk nak buat pindaan tu aku ngan hubby kena temuduga bab takut tu anak orang lain.Pastu kena pergi suruhanjaya sumpah pula.Masa temuduga tu macam2 juga la soalan yang di ajukan.Selepas temuduga kena tunggu lagi 6 bulan untuk dapat kelulusan dari Putrajaya baru la boleh proses.

Yang aku jadi geram tu bukannya salah aku atau hubby.Salah sistem dia orang tapi kita orang tetap juga kena bayar.Masa dalam proses pindaan hingga la dapat sijil beranak & my kids nak RM50 juga la kita orang berhabis.Bukan nak berkira pun.Tapi rasa macam tak adil bukan salah kita tapi kita tetap kena tanggung tu semua.

Tapi sijil beranak sekarang dah baru la.Warna hijau pastu kertas jenis licin siap ada macam cop sirim aje kat bawah tu.Cantik pula tu.Siap ada logo dan lambang JPN..
So untuk tatapan semua aku tepek la picture sijil beranak & my kids anak aku...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: