LiEzA. Powered by Blogger.
RSS

:~: Cuti2 Melaka :~:

Salam....
Kali nie iezza nak entry dalam blog kesayangan iezza nie.
Mengenai weekend iezza di Melaka.

Hari sabtu baru nie iezza pergi jalan2 dekat Melaka.
Sebab hubby bulan nie rezeki dia lebih dan dapat bonus pula tu.
Jadi hubby planning la untuk pergi bercuti.
Mula-mula planning ingat nak pergi genting.
Tapi apabila bincang balik tak jadi la nak pergi genting.
Sebab ayith kecik lagi dan tak banyak sangat permainan yang dia boleh main.
So hubby kata elok la pergi Melaka jalan kat zoo,taman buaya dan banyak la lagi tempat2 yang menarik kat Melaka tu kan.

Hari sabtu tu selepas aje sarapan, packing baju-bajan bagai dalam pukul 11
baru la gerak dari rumah.
Masa dalam perjalanan highway ke Melaka tak la jem sangat.
Tapi sampai aje susur keluar ke Ayer Keroh baru la jem sikit.
Mungkin ramai yang nak bawa anak2 pergi jalan sebab hari sabtu tu kan cuti Thaipusan.

Destinasi pertama adalah Taman Buaya.
Dah lama betul iezza tak pergi Taman Buaya nie.
Rasanya dulu last masa rombongan sekolah.
Dulu dekat Taman Buaya nie ada jambatan gantung tapi sekarang dah tak de pun jambatan tu.
Dan yang terbaru dia tambah kolam renang untuk mandi-manda.
Tak la besar macam A'Famosa kecik aje tempatnya.
Bayaran pun murah aje tak silap iezza dewasa RM10 dan kanak2 pula RM8 ke atau RM5.

Layannzzzz..
Picture masa dekat Taman Buaya.

Lepas aje pergi taman buaya jam pun dah pukul 1 lebih.
Jadi makan la dulukan dekat MCD yang dekat luar tu je kan.

Destinasi kedua pula kita orang ke zoo negara.
Waktu nie ayith kena duduk dalam stroller sebab tak larat la nak dukung aje.
Sekarang dia dah semakin semangat.
Masa keluar dari zoo tu dah pukul 4 lebih jadi terus la pergi dekat D'village ingat nak check in dekat situ tapi dah full.
Pastu pergi pula hotel king full,Sri Malysia pun full,putri resort pun full.
Last sekali yang ada dekat Kak Long Resort tu pun tinggal yang untuk family aje.
Jadi la daripada tak de kan.

Sayang picture dekat zoo semuanya dah terdelate oleh hubby.

Setelah mandi,solat dan rehatkan badan sekejap pastu dalam pukul 8 mlm pergi Bandar hilir pula.
Destinasi pertama di Bandar Hilir nak naik river cruise sebab pemandangan waktu malam cantik sikit dengan lampu2 bagai yang berwarna-warni.
Tapi hanya satu aje yang problem air dia ada bau busuk sikit.
Dah la iezza duduk bahagian depan sekali.
Apabila selisih ngan sampan lain mula la air tu berkocak dan terkena la renjisan air yang bau kurang menyenangkan tu.

Destinasi kedua pula naik menara taming sari.
Memang menakutkan sebab tinggi sangat.
Boleh nampak satu Melaka pastu nampak jalan jem bagai.
Masa nak naik tu slow aje pastu sampai atas dia berpusing.
Tapi apabila turun laju la juga dia turun.

Destinasi ke tiga pula ingat nak pergi Eye On Malaysia.
Tapi gelap aje.
Rupanya Eye On Msia tu dah kena sita oleh kerajaan Melaka.
Sedih….x pat naik EOM….
Nak sangat naik EOM tu.

Destinasi akhir sekali waktu malam adalah makan.
Mula2 ingat nak makan kat muara Sg Duyung sebab hubby kata dekat situ pernah masuk TV.
Tapi sebab tak tau jalankan.
So kita orang pun pergi la makan dekat-dekat dengan pantai kelebang iaitu pantai puteri tak silap iezza namanya.

Tapi yang paling sedih semua gambar yang di snap malam tu semuanya dah terpadam
Sebab suruh hubby Bluetooth dekat handset iezza.
Masa hubby dah mark gambar2 tu semua hubby tertekan delate.
Jadi habis la semua yang dah mark tu terpadam.
Sebaik tak semua picture yang hubby mark masa tu.
Kalau tidak gambar aktiviti siang tu pun hilang juga.
Huuhuhhuuhhuhu…sedihnya……

Esoknya pula sebelum nak check out kemas baju-bajan.
Pastu tunggu ayith bagun tidur.
Lambat betul dia bagun sebab kepenatan seharian berjalan aje.

Lepas aje ayith bagun ingat nak pergi A’famosa tapi sebab jalan jem sangat dan rasanya tak tau nak pergi mana kat A’famosa tu.
Jadi iezza terus la pergi maydin beli susu dengan pampers ayith memang murah betul la.
Berbanding dengan dekat tempat iezza.

Dan sebelum masuk highway untuk balik singgah sekejap dekat taman rama-rama.
Memang best la kat taman rama-rama nie.

Layanzzz…..
Picture di taman rama-rama.


Dan nie pula iezza snap tiket-tiket masuk ke destinasi2 tersebut.



Ok sekian aje la aktiviti weekend iezza kali nie.
Walaupun apa pun iezza tetap happy.
Thank you, hubby cayang…
Lain kali kita pergi jalan lagi ye…..
Hehehehheheehe………….





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

saSha a.K.a MumYalya said...

saya orang melaka..ehehe..rindunye kat melaka..bestnye dia dapat jejalan melaka tu :)

~ iezza ~ said...

Kak sasha memang best pun jln melaka nie.
Iezza pun sebenarnya dah lama tak jalan melaka tu yang bawa anak tu.
Kenapa akak dah lama x balik Melaka?

saSha a.K.a MumYalya said...

ehehe..takde maknanye lama tak balik..2minggu sekali balik tau..tapi rindu jugak..hubby dan seluruh keluarga kat situ yang :(

~~zAnAfAhMi~~ said...

Melaka tmpt percutian yg paling kami suka sb bandar dia yg santai.