LiEzA. Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

:~: Weekend Yang Sudah Lama Berlalu - Ikan Bakar :~:

.......Salam........
Dah lama betul iezza tak update blog kesayangan iezza nie.
Biasa la awal2 tahun nie busy la sikit.
Sebab iezza nie kerja kat bahagian finance.
Sapa-sapa yang kerja kat bahagian finance tu tau la macam mana sibuknya.

Kali nie nak cite pasal aktiviti weekend iezza.
Sebenarnya aktiviti nie dah lama.
Hanya tak de masa nak entry aje.

Biasala minggu nie balik kampung hubby.
Dan semua adik beradik hubby pun balik berkumpul ramai-ramai.
Sebab mil deman & pil pula darah tinggi dia datang balik.
Mana taknya mil & pil tak sihat bab sejak 2,3 bulan kebelakangan nie dapur mil dah lebih dari 4 kali banjir.Sekarang mil & pil dah nekad nak tinggikan rumah dapur tu.
Lepas nie tak de la nak pening2 kepala lagi.

Sebab tak larat la macam nie selalu kalau time musin tengkujuh.
Sebenarnya dah banyak kali buat aduan kat JKK
tapi tetap tak ada sebarang tindakan diambil pun.
TENSION...TENSION....

Apabila dah kumpul ramai-ramai nie ada la aktiviti yang dilakukan.
Apa lagi mancing la.
Bab ikan talapia merah yang hubby dan pil bela tu dah besar dan sesuai untuk dimakan.
Nyamm..Nyammm...

Nie la kolam yang hubby bela ikan tu.
Kat belakang rumah aje.

Dan nie pula tugas iezza menyiang hasil tangkapan yang di perolehi.
Sediakan bahan untuk perap dan bahan untuk renjis atas ikan nanti.
Pastu gulung dalam daun pisang.

Pastu nie pula tugas hubby ngan ipar untuk sediakan tempat bakar ikan.
Dan juga tukang bakar ikan.
Hehehee…
ok ke ayat nie.

Dan last sekali nie la hasilnya…
Nyum..nyumm..
Tak sabar betul nak makan nie.

Dan disamping tu ada juga lauk lain.Antaranya
:-Kari ayam, siput masak lemak cili api, jering masak sambal, dan sambal belacan mil yang menjadi favourite semua.

Bab mil selalu guna belacan dari utara.
Sedap punya.

Tapi sorry la bab picture masa makan dan hidangan yang lain tak sempat pula iezza nak snap.
So sekian aje la cite weekend iezza kali nie.


Dan nie pula video hanya untuk tatapan.
Gelagat ayith menari dan dilayan oleh sepupunya.
Hehehheehhee…















































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:~: Bagan Lalang :~:

Salam...
Weekend kali nie iezza balik kampung hubby kat pahang.Bab semua family hubby balik dan berkumpul tuk makan besar.Biasa la mil kalau anak menantu dia balik lauk tulang tak pernah tinggal.Kadang wat kari tulang atau soup tulang.Itu sudah tentu menu wajib kat mah mil setiap kali berkumpul.

Hari ahad pula sebelum balik seremban singgah mah mak iezza pula.Sebab laluan yang sama jadi singgah la.Sampai je seremban dah malam.Dan tak tau nak makan apa.Lauk kat mah pula tak de.Tiba2 aje hubby ajak makan kat bagan lalang katanya dah lama tak makan ikan bakar kat sana.Biasa la favourite hubby pari bakar.Dah setahun lebih juga la iezza tak pergi makan kat bagan lalang tu.Seingat iezza last iezza makan kat sana masa iezza ngah pregnant.Waktu tu teringin sangat nak makan ikan bakar (mengidam).
huhuuhuhu...

Masa sampai kat bagan lalang dah lambat.Dalam kul 10 lebih baru pai.Masa tu orang tak ramai sangat bab dah lewat malam kan.Sebelum nie makan kat bagan lalang tak pernah pun order udang laut.Tapi malam tadi rasa macam nak makan aje wat goreng bertepung.Besar udang dia puas makan.Tapi betul la kata member opis iezza kat situ dah naik harga.Selalu makan dalam RM50 lebih aje.Tapi malam tadi RM70 something la.Bab hubby yang pergi bayar.Nak kata order macam tak de pula.Iezza hanya order kerapu 3rasa, kailan ikan masin, pari bakar 2, telur dadar, kerang bakar dan udang laut yang besar tu wat goreng bertepung.Hubby kata mungkin mahal sebab ambil udang tu rasanya.

Nie antara menu yang sempat iezza snap masa makan kat bagan lalang mlm tadi.



Dan nie pula yang tinggal sesudah makan.



Kenyang sungguh rasanya.Nie semua punca badan semakin menembam..
hehheheheheh..................






























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Weekend Yg Busy ~.

Kali nie iezza nak ceritakan kisah weekend yang sangat busy.Mana taknya hari ahad dekat kampung ada kenduri tunang adik iezza,aqiqah dan kenduri sempena menyambut bulan Ramahdan yg bakal tiba.Hari jumaat pagi iezza sefamily dah balik kampung kerana banyak kerja yang hendak dilakukan.Sampai aje kat rumah mak semua adik beradik dah ada.Kebetulan pula ada pesta menjaring ikan dekat kolam mancing sebelah tempat kerja abg long iezza.Apalagi lepas je makan tengahhari yang lelaki2 nie termasuk hubby iezza terus pergi kolam untuk jaring ikan.Tinggal je la yang perempuan nie kat rumah untuk buat kerja.Banyak juga hasil tangkap yang dibawa pulang dari menjaring tu.Semua ikan besar2 belaka.Ada ikan tongsang pastu ada la lagi 2,3 jenis lagi ikan iezza pun tak tau apa nama ikan tu.
So nie la hasil tangkapan yang dibawa pulang oleh hubby and the group.



Dan nie pula picture yang iezza sempat snap guna handset sepanjang majlis kenduri nie.



Sebelum balik seremban pergi rumah mil dulu.Sebab nak hantar lauk-pauk masa kenduri.Pil dan mil tak dapat datang masa kenduri tu.Kerana dekat dengan rumah mil ada kenduri kahwin.Sampai aje rumah mil, akak ipar iezza ada dengan family dia.Apalagi kan main suka ayith waktu tu.Iezza pun tak tau kenapa.Kan main dia ketawa terkekeh bila di agah oleh biras iezza.So iezza nak tepek video nie.Rasa terhibur iezza setiap kali kalau tgok video nie.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayahku.....

Dah lama juga aku tak entry dalam blog aku nie.Minggu nie aku sibuk sangat bab berulang selalu kehospital melihat ayah yang sedang sakit.Weekends nie aku bz kat kampung pastu berulang tengok ayah dekat hospital.
Doktor ada bagi tau yang darah ayah ada dijangkiti kuman.Dan boleh menyebabkan buah pinggang tidak berfungsi.Sekarang doktor hanya masukkan air kejantung untuk cuci darah.Nak cite pulak tak pandai sangat sebab aku nie bukannya doktor pun.
Sekarang kami sekeluarga hanya berserah pada yang maha kuasa aje.semoga tuhan sihatkan tubuh badan dan panjangkan umur ayah aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS